AHLI YANG TELAH MENDAFTAR
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA WARGA GURU LEPASAN MPKTBR. MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Labels: HEBAHAN
Labels: HEBAHAN

01. Aishah - Pulanglah
02. Anuar & Ellina
03. Aman Shah - Kepulangan Anakmu
04. Aishah - Setitis Cahaya Di Aidilfitri
05. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
06. Asha Malik - Pulang Di Hari Raya
07. Black Dog Bone - Cahaya Aidilfitri
08. Hail Ameer & Uji Rashid - Seloka Hari Raya
09. D.J. Dave - Menjelang Hari Raya
10. Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
11. Raihan - Satu Pagi Di Hari Raya
12. Mamat - Ku Pohon Restu Ayah Bonda
13. Jamal Abdillah - Salam Aidilfitri
14. M. Nasir - Suatu Hari Di Hari Raya
15. P. Ramlee - Dendang Perantau
16. S. Jibeng - Musafir Di Aidilfitri
17. Raihan, Nowseeheart, Rem & Ajai - Lebaran Ini
18. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
19. Siti Nurhaliza - Aidilfitri Di Alaf Baru
20. Sanisah Huri - Aidilfitri
21. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
22. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
23. Ziana Zain & Awie - Halaman Asmara
24. Sudirman - Selamat Hari Raya
DOWNLOAD l: LAGU RAYA
Labels: HEBAHAN
Labels: HEBAHAN
Labels: HEBAHAN
Kakitangan awam terima bonus sebulan, minimum RM1,000
KUALA LUMPUR: Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.
"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi 2008.
"Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.
Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus pada 2006 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran.
Pada tahun lalu, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus. - Bernama
Pencen minimum RM720 mulai tahun depan
KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009, kata Perdana Menteri Datuk, Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.
Abdullah berkata langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian.
Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. - Bernama
Labels: HEBAHAN
1. PERTUKARAN GURU ANTARA NEGERI BAGI JANUARI 2009
Secara online menggunakan Aplikasi e-GTukar : Link ke e-GTukar KPM
Tempoh Permohonan : 1.9.2008 hingga 30 .9.2008
2. PERTUKARAN GURU DALAM NEGERI ( ANTARA DAERAH) BAGI JANUARI 2009
Guna Borang Pertukaran : JPNJ - SPS - PG/ Pin. 1/2005
Tarikh Tutup : 30 September 2008
3. PERTUKARAN GURU DALAM DAERAH BAGI JANUARI 2009
Guna Borang Pertukaran : PPD - SPS - PG / Pin. 1/2005
Tarikh Tutup : 30 September 2008
Labels: HEBAHAN
Kewajiban Berpuasa di bulan Ramadhan

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari)”.
Huraian :
1. Puasa ialah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai daripada terbit fajar hingga tenggelam matahari
2. Umat Islam adalah diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan apabila sahaja ternampaknya hilal iaitu anak bulan, dan disertai pula pengisytiharan bermulanya puasa oleh pihak yang berkuasa.
3. Asas penentuan bulan Ramadhan dan Syawal adalah berpandukan kepada anak bulan (hilal) yang disandarkan kepada dalil al-Quran dan Sunnah Rasulullah.
4. Islam juga telah memberi garis panduan kepada umatnya untuk menentukan tarikh puasa dan juga hari raya dengan mengikut rukyah atau pun hisab.
5. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. iaitu ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui Allah di hari akhirat kelak.
Labels: HEBAHAN

Labels: HEBAHAN
Labels: HEBAHAN

































