AHLI YANG TELAH MENDAFTAR
Kakitangan awam terima bonus sebulan, minimum RM1,000
KUALA LUMPUR: Seramai 1.2 juta kakitangan awam di negara ini akan menerima bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.
"Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi 2008.
"Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada September dan Disember 2008," kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.
Kali terakhir kakitangan awam menerima bonus pada 2006 dengan pemberian sebulan gaji atau minimum RM1,500 melalui dua kali pembayaran.
Pada tahun lalu, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus. - Bernama
Pencen minimum RM720 mulai tahun depan
KUALA LUMPUR: Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan, mulai 1 Januari 2009, kata Perdana Menteri Datuk, Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.
Seramai 75,000 pesara wajib termasuk penerima pencen terbitan akan mendapat manfaat ini, dengan peruntukan tambahan RM140 juta pada tahun depan.
Abdullah berkata langkah itu bertujuan untuk membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran menampung sara hidup harian.
Kerajaan menghargai jasa pesara yang telah menyumbang kepada kemajuan yang negara kecapi hari ini, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009 di Dewan Rakyat. - Bernama
Labels: HEBAHAN
0 comments:
Catat Ulasan