AHLI YANG TELAH MENDAFTAR

KPLI MT (RENDAH) 2004
AHMAD ZAMANI BIN ABD AZIZ

SNPM 1999-2002
SHAMSUL ANUAR BIN MUHMMAD
MOHD RIZAL BIN HAMBAL
AZLY BIN ISHAK
SHAKILA ZAZA BINTI KAMUNI

PIPJ 2000-2003
ASMIRA BINTI MOHD ALIAS

SNPS 2000-2002
NORZULIANA FAHERAH BT ZAINUDDIN
ZALIDA BINTI ZAKARIA
ZATULHIJANA ISMAIL
ABDUL GHANI MUSTAPHA
SYED HASNUL HISHAM B SYED SHAIL
EZARUDDIN BIN MOHAMAD OTHMAN
MOHD SAIREY B.JEMBURI

MTKH 2001-2003
SAIFUL RIZAL BIN SAUTI
MALIK RIDZUAN BIN MOHAMAD
NORNIKMAN B RAZALI
HAIRUL AZHAR BIN SAID
MUHAMMAD EFFENDI BIN ZAINOL ABIDIN
ANDY NORHELMI B ANAS

SNPS 2001-2003
AZLISHAKARA BIN YAHAYA
ABDUL GHANI MUSTAPHA

MTPL 2001-2003
ABDULLAH BIN SULAIMAN

SNPA 2001-2003
ZAKIAH BT OTHMAN
ROSLI BIN RAZALI
MOHD AZMIRAN BIN AB AZIZ
NOOR ZURAINI BINTI MUHAMMAD
NOR ASLINDA BT ABD MANAN
MUSMULIADI BIN SAMAES
BAHARUDDIN BIN ABD LATIB
NOOR HELMI BIN NORDIN(DINO)
MOHD ZAID BIN IDRUS
MOHD KHAIRUL AFIKIN BIN MAHASAN

PRA PM 2002-2004
MAIERA BINTI MOHAMAD
ZUAZIAN BINTI ISMAIL
ZAWAHIR BINTI JUSOH
NORHAFIZA BT ISMAIL
LINDA BINTI IBRAHEM

MTPL 2002-2004
MOHD AMZARI JAMIL

PMPL 2002-2004
NORHIDAWATI BT RAMLI

SCIENCE ENGLISH 2005
NORAZLINA BINTI MUHAMMAD

SNKT 2002-2004
MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI
W.AIDA FADZLIYATON W.MAT ARIF
NORAIDA ABD GHANI@YAACOB
MOHD JOHARI B JUSOH

MTKT 2002-2004
SITI AISSAH BINTI HASSAN
SHAHARUDIN B MOHD AMIN
ROSIDAH BT HAMDAN
KHAIRUL ANUAR B. AHMAD HISHAM
NORHAYATI BINTI MD DAUD

MTPA 2002-2004
MOHD BASRI B AWANG
NORAZLINA BT MOHD SABAR @ MISRAN
ATHIYYAH NASIBAH BINTI ABU BAKAR
NURAINI BT MOONAIR
MOHD AMIR B DIN
SITI BAYYINAH BT OMAR
MOHD AZHANORAZAM B KAMIS
MOHD AFIFUDDIN B KHALID
MOHD FARUZE B IBERAHIM
BAIZURAMASZATULANA BT ROSLI

DUA SITUASI YANG MENCABAR FIKIRAN POSITIF

Bagi anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!

Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu.

Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak boleh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis.

Apa nak buat bila anda marah? Bagaimana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke?

Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang.

Setiap kali anda marah, kawal diri anda, kenal pasti bila anda nak marah. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan anda hilang kawalan.

Paling teruk, anda akan hilang kawan, hilang saudara-mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba.

Bila sedar yang anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan.

Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah.

Tanamkan tekad yang anda akan mengawal rasa marah lain kali.

Tanam tekad supaya anda sentiasa jaga emosi anda!

Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan.

Bagaimana nak berfikiran positif apabila anda mula stress?

Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, akhirnya api tu padam.

Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih ‘ringan’.

Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress.

Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri anda sentiasa ketawa.

Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress anda. Selepas meluah, anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.

Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan.

Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif.

Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat.

Nak ada semangat, kena tekad.

Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!

Sumber : iMotivasi

0 comments:

© 2008, MOHD FARUZE, MTPA 2002-2004