AHLI YANG TELAH MENDAFTAR
Program Pemantauan & Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008–2010 (Fasa2)
Ditulis oleh : CgZack@BlogMaster at 7:49 PGMaklumat dan Prosedur
Keterangan:
Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 – 2010 (Fasa 2)
Tuan/Puan,
Mesyuarat Khas PPSMI yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 31 Disember 2007 telah memutuskan penyelidikan dan penilaian PPSMI hendaklah dijalankan secara menyeluruh di semua sekolah rendah dan menengah. Sehubungan dengan itu, satu pasukan petugas yang dianggotai oleh bahagian-bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah ditubuhkan untuk menjalankan Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008 – 2010. Tujuan program adalah untuk menilai pelaksanaan, mencadangkan penambahbaikan dan memacu kemajuan bagi memantapkan dasar PPSMI.
Program ini melibatkan pengutipan data melalui soal selidik Pengetua/Guru Besar dan semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Teknikal. Pengutipan data dilaksanakan sebanyak dua kali setahun, iaitu pada minggu ketiga April dan minggu ketiga Oktober, bermula dari tahun 2008 hingga tahun 2010.
Tuan/Puan dikehendaki membuat tindakan susulan berdasarkan item soal selidik sebelum penilaian seterusnya.
Tuan/Puan adalah dipohon untuk menjawab SEMUA item yang terkandung dalam soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang tuan/puan berikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penambahbaikan program PPSMI.
Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang soal selidik ini, sila hubungi pegawai pasukan petugas yang disenaraikan di helaian terakhir soal selidik ini. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan program ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
Kementerian Pelajaran Malaysia
Putrajaya
Borang
1. Borang soal selidik guru
Muat Turun :(769.47 KB)
2. Borang soal selidik Guru Besar / Pengetua
Muat Turun : 559.16 KB)
3. Pelan Tindakan Fasa 2
Muat Turun :(25.67 KB)
4. Template Data Sekolah
Muat Turun : (76.84 KB)
Labels: INFO PENDIDIKAN
0 comments:
Catat Ulasan