Apa itu Blog?

Blog adalah singkatan kepada Web-log. Log pada kata dasarnya adalah catatan samada dalam frekuensi sekali sesaat, sekali seminit, sekali sejam, sekali sehari, sekali seminggu dan sebagainya. Ia merupakan satu catatan diary didalam media elektronik berasaskan Internet. Blog sesuai digunakan oleh mereka yang bukannya terdiri daripada golongan berlatarbelakangkan IT. Blog mempunyai rekabentuk yang ringkas dengan pemilihan tema yang sesuai. Kebiasaannya lebih ringkas sesebuah tema Blog itu, akan mempercepatkan proses muat-turun imej. Catatan yang disimpan didalam blog, di simpan jauh (mungkin juga sebelah rumah aje) dari komputer orang membaca blog. Aktiviti mengemaskini blog dipanggil “blogging” manakala orang yang mengemaskini blog dipanggil “blogger”.

Apa itu Website?

Satu atau lebih fail atau lebih dikenali sebagai mukasurat (page) yang disimpan dalam server komputer. Capaian adalah menerusi Internet. SetiapWeb site mempunyai muka surat pertama yang disebut “Home Page” yang memaparkan maksud laman Web tersebut. Mukasurat-mukasurat ini kemudian disambung antara satu sama lain, ala bila klik, dia akan pergi kat mukasurat lain, kalau tak percaya, tengokla kat alamat yang biasanya ditunjukkan kat atas tu.

Keliru ke?

Aduhhh… keliru aku. Tak apa kalau tak paham, tapi http://kdpmmpktbr.blogspot.com adalah sebuah Blog bukan Website.