AHLI YANG TELAH MENDAFTAR
Labels: PENGUMUMAN
Labels: BERITA METRO
Sumber: Portal Rasmi KPM
Keputusan Tawaran Kemasukan Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah boleh disemak di sini.
Para guru yang berjaya ditawarkan hendaklah mengisi dan memulangkan Surat Penerimaan atau Penolakan selewatnya 10 November 2008 ke BPG dan IPG yang berkenaan.
TAHNIAH !
Labels: INFO PENDIDIKAN
Labels: BERITA METRO
Saya selaku blogmaster telah mewujudkan ruangan forum untuk guru MPKTBR. Anda Boleh berforum mengenai apa sahaja topik. Sebelum forum anda hendaklah mendaftarkan diri terlebih dahulu.
Ruangan forum tersebut setakat ini hanya boleh dibuka melalui internet selain dariapada internet "Schoolnet" (spt : streamyx, celcom broadband, maxis broadband dan DLL). Bagi internet Schoolnet terdapat sediait masalah menyebabkan ruangan forum itu tidak dapat diakses.
Blogmaster telah membuat laporan mengenai masalah internet Schoolnet tersebut. Insya-Allah dalam masa terdekat pihak GITN akan memperbetulkannya.
Link untuk forum terdapat di bahagian "menu bar" pada blog ini
Selamat berforum semua Warga Komuniti MPKTBR...
Labels: PENGUMUMAN
Labels: BERITA METRO
KANGAR 20 Okt. - Beberapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan selepas berlaku satu pergaduhan sesama mereka hari ini.
Difahamkan kejadian itu berpunca daripada salah faham sekumpulan pelajar yang tidak berpuas hati apabila sekumpulan pelajar lain menendang beberapa buah basikal yang diletakkan dalam kawasan sekolah.
Pergaduhan pada pukul 11 pagi itu berlaku, kurang seminggu selepas seorang pelajar perempuan tingkatan dua sekolah yang sama bertindak menumbuk dan menerajang seorang guru selepas ditegur kerana menulis perkataan kesat dalam tugasan yang diberikan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah berkata, pergaduhan berlaku disebabkan salah faham yang timbul antara pelajar terbabit.
"Kita telah memanggil beberapa pelajar yang terlibat dalam kejadian itu untuk diambil keterangan dan perkara ini sebenarnya telah selesai.
"Pihak polis juga tahu punca kejadian itu dan tindakan sewajar diambil bagi mewujudkan persekitaran yang selamat di sekolah tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini, tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa ibu bapa dan penjaga pelajar terbabit bergegas ke sekolah itu apabila dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Beberapa pelajar juga dilihat dibawa oleh anggota polis menaiki van untuk dibawa ke balai polis berhampiran bagi proses mengambil keterangan.
Labels: BERITA PENDIDIKAN
Labels: BERITA METRO
Labels: BERITA METRO
Labels: BERITA METRO